Friday 9 December 2011

Seandainya Nabi Muhammad masih hidup...:')

Bismillahhirrahmanirrahim...
Hamba yang terlalu lemah untuk berjuang tetapi semangat islam terhadap diri kepada umat Muhammad kuat...
Dalam kesunyian,dalam perbuatan yang aku buat,dan ibadah...aku menitiskan air mata apabila terkenangkan pemergian Nabiku yang terulung,dan tiada seorang mampu menandinginya iaitu Rasulullah...

Apa yang aku ingin katakan adalah seandainya Nabi Muhammad hidup..akan ku turut berjuang dengannya sampai mati,sampai Islam itu teguh berdiri..dan sampai Islam itu tersebar bagi mengerunkan agama lain...
tapi...apakan daya Allah amat menyayaginya dan merupakan kekasihNYA...

Seandai Rasulullah hidp lagi,aku pasti pemerintahan didunia akandiselubungi dengan kebajikan,dengan pahala,dengan persaudaraan dan lain-lain..tetapi lihatlah wahai sahabatku yang membaca bloq ini...
Keadaan dunia kini makin diwarisi dengan sifat sombong dan bongkak,malah sanggup mempercah belahkan ikatan persaudaraan umat islam..Ya Allah..aku mohon..selamatkanlah dunia dari ancaman syaitan yang menghasut segala tingkah laku umat Nabi Muhammad...

Seandainya kekasih Allah itu hidup lagi..akan ku duduk dibelakangnya untuk melindunginya daripada dicemuh,diserang oleh YAHUDI...dan akan ku bunuh pada mereka yang berani melawan Rasulullah...tapi itu hanya mimpi bagi aku...itu hanya angan-angan bagi aku...
tetapi percayalah wahai sahabatku sekalian,aku percaya sahabatku semua akan melakukan apa yang akan dilkakukan oleh aku...

Seandainya "ahli Syurga" itu masih hidup...aku percaya segala umatnya akan menjadikannya icon yang tertinggi dalam diri umat islam...tetapi lihatlah wahai ssahabtku,apa suddah jadi dengan umatnya yang terlalu taksub dengan dunia,menjadikan ikonnya dari kalangan artis,permain bola dan sebagainya,dimana aku lihat....keseluruhan melupakan baginda...
adakah mereka tidak tahu sebelum kewafatan  dan semasa baginda menghadapi hari terakhir baginda,baginda menitiskan air mata menyebut UMMATI sebelum hembusan nafa terakhir...


Marilah sahabatku ambil sedikit masa,apa wasiat yang terakhir kepada kita dibawah...

Friday 2 December 2011

Khutbah terakhir Nabi Muhammad


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.



WasiaT Nabi Muhammad pada umatnya


“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa juga pun”.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima waktu dengan berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.




Siapa yang Mulia?


Bila saya mendengar kisah ini terus saya mengalirkan air mata..kenapa saya mengalir air mata??? mari sahabatku bacalah kisah ini..kisah ini adlah semasa Nabi Muhammad berjumpa dengan para sahabatnya untuk memberitahu sesuatu kepada umatnya..


Dalam sebuah riwayat hadis berkisahkan,ketika itu bagindatengah duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya.Di antara para sahabat yang ada bersamanya,Saidina Umar,Uthman,Ali,Abu Bakar dan lain-lain.
Lalu kemudian baginda bertanya kepada para sahabatnya "Wahai sahabatku,tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia disisi Allah???
Para sahabat terdiam lalu kemudian ada salah seorang sahabat berkata "Para Malaikat ya Rasulullah,merekalah yang mulia itu"
Rasulullah pun berkata " Ya...para Malaikat itu mulia,mereka dekat denga Allah dan mereka sentiasa bertasbih bertasbih kepada Allah,tentulah mereka itu mulia....tapi bukan itu yang aku maksudkan" 
Lalu para sahabat terdiam,tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata.." Ya Rasulullah,tentulah para Nabi Ya Rasulullah merekalah yang mulia itu"..Baginda berkata, "Ya..para Nabi itu mulia,mereka adalah utusan Allah du muka bumi,bagaimana mungkin mereka tidak mulia...mereka itu mulia,tapi ada yang lain yang lebih mulia" 
Para sahabat terdiam,tertanya?Siapa lagi orang yang mulia?
Hingga kemudian salah seorang sahabat bertanya: " Ya Rasulullah..apakah kami sahabat kamu ,ya Rasulullah?? Apakah kami yang mulia itu Ya..Rasulullah??
Baginda memandang sahabatnya satu persatu,baginda tersenyum melihat para sahabat.Baginda berkata " tentulah kalian mulia,kalian dekat denganku..kalian membantu perjuanganku,bagaimana mungkin kalian tidak mulia...tapi ada lagi yang lain yang lebih mulia" 
Para sahabat terdiam semuanya,mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi..Tiba-tiba Nabi Muhammad menundukkan wajahnya,tiba-tiba baginda (Nabi Muhammad) menangis dihadapan sahabat-sahabatnya.
Para sahabat tertanya " Mengapa kau menangis Ya Rasulullah??
Lalu baginda mengangkat wajahnya,terlihat bagaimana airmata berlinar membasahi pipi dan janggut..baginda berkata:
"Wahai saudaraku,tahukah kalian tahu siapa yang mulia itu?? Mereka adalah manusia-manusia yang akan lahir setelah jauh wafatku nanti,mereka begitu mencintai Allah,dan tahukah kalian..mereka tidak pernah melihatku dan wajahku,tetapi mereka tidak  hidup dekat denganku seperti kalian tapi mereka begitu rindu padaku, dan bersaksikanlah wahai sahabatku semuanya...aku pun rindu kepada mereka,mereka yang mulia itu adalah...UMATKU..
Saat itu,baginda menitiskan airmatanya..semua sahabat menangis...




Adakah kita sedar akan pengakuan Nabi kita ini?? Dia memuliakan kita...dia menyayangi kita..tapi..apa yang kita buat untuk dia?? dengan mengigati dia pun kita tidak pernah apatah lagi dengan perbuatan kita..Subhanallah..Saya rasa,saya tidak layak dimuliakan..Ya Allah..
Sebelum Nabi wafat pun..Nabi Muhammad selalu menyebut..UMMATI..teringin sekali saya ingin berjumpa dengan Rasulullah..:')
apa itu Islam???
  • Islam agama rahmat...tapi sekarang islam hanya pada nama sahaja dan ramai manusia sekarang terutama beragama islam tidak tahu apa maksud yang tersirat..
  • Islam bermaksud damai,aman,sejahtera dan selamat iaitu mentauhidkan ALLAH S.W.T,serta beriman dengan ajaranNya yang dibawa oleh Nabi Muhammad kepada kita/umat islam.
perlu ingat antara Islam,Yahudi, dan Kristian

Allah berfirman dalam surah al-Maidah:
"Jangan kamu ambil Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat dan       sekutu"

Persoalannya,adakah Allah bercakap mengenai semua Yahudi dan Kristian??? atau sebahagian Yahudi dan Kristian??
Ayat Al-Quran sebenarnya sudah menjawab persoalan ini...
Terdapat banyak ayat Al-Quran yang membenarkan umat Islam menwujudkan hubungan persaudaraan dengan Yahudi dan Kristian.Malah lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan Kristian...Ya Al-Quran membenarkannya...

Tetapi ayat Al-Quran tersebut bercakap mengenai hanya SEGENLINTIR Yahudi dan Krisitian...dan bukan SEMUA orang Yahudi dan Kristian..

Jika begitu golongan Yahudi dan Kristian yang manakah yang dimaksudkan yang dilarang dalam meneruskan hubungan persahabatan dan sekutu mereka??

Kerana Allah telah memberitahu kepada dalam ayat tersebut:
"Jangan jadikan orang Yahudi dan Kristian sebagai rakan atau sekutu,yang mana mereka itu adalah rakan sekutu sesama mereka"